Nuffnage

Monday, June 27, 2011

Moment To Share UTP-Rumah Seri Kenangan First Trip

I never thought that I would have done this kind of works at this age,all alone without my parents.
I went to old folks' house last time,but it was with my parents,maybe only twice for nineteen years I alive in this world?
In my heart,I know.I will never want to come back.
This place is damn scary!
But today,I changed.
This events is completely new to me,I am searching for the true soul of my life,this is what I expect from myself doing later.
I am glad for what I have done and I am impressed with myself as I grab this golden opportunity to join a marvellous event in UTP to have a new look on this world.
There is no harm helping people in need,in fact it will make us feel worthwhile. A good deed is never lost.
I wouldn't really consider what I am doing as a"good deed",but more on personal fulfillment. I am so happy doing this,I can't stop smiling.
Hopefully,I will keep doing this.
On that day itself,I felt so blessed,grateful and beautiful,like seriously.Hampeh :D
Somehow,I looked fat in those photos..
We don't need to wait to do things like this,start from a small one.
I did not cried because I absord the positive strengths from them rather than sorority and sadness.
"Making memorable moments for yourself isn't a big thing. But being the reason behind someone else's memorable moment is an everlasting feeling."
Auntie Rani,she is very nice,duk buat lawak jer(:
Makcik chinese sebelah tu la yang nak ikut aku balik,seriously cuak masa dia tanya macam tu..
Dia tanya you duduk kat penang ker? I nak ikut balik,saya kata saya belajar lagi la makcik.Pastu apa lagi,cabut la aku.She walks barefoot man..
Fata and I with adik.
This is my first visit to RSK,so I called her makcik when I first saw here,dia geleng2 kepala. I don't get her,then kakak tu kata panggil adik la. Then I kata,oh:"hi,adik (:" Dia senyum:"hihihi."Dia sangat manja,ikut kita sampai the end of the programme.Dia dah jadi macam budak2 balik,dia akan jerit manja semasa kita usik dia.(:
See,sangat manjakan. Haha. I love this picture,it shows what they want from us.
First trip to Rumah Seri Kenangan
RSK ni duk kat dalam tanjung rambutan. Masa masuk RSK tu,ada la beberapa orang yang pakai baju hijau baibai kat kita orang,dan dan kita tutup tingkat keta kot..
Saya pernah pergi ker tanjung rambutan,pernahkah anda?
Even though x la pergi visit wad dia pun.kecut perut kot.
Fata and I departed to RSK as early as seven in the morning.
From UTP,it took one hour and 15 minutes to arrive RSK.

My boyfriends,handsome x? (:
This is one of the makcik yang I tanya pasal apa makcik datang sini,dia kata sebab tidor kat tepi jalan. Sedih kan. Then I tanya,rumah mak cik duk kat mana? X ada tempat duduk ker? Dia kata saja2.(Pelik la jugak pasal apa dia nak duduk kat luar)....
Mak cik ni sangat segan,Aidel and the friend kenakan dia masa main game,dia kena menari,so I danced with her (:
I panggil makcik,dia kata Opah (:
Ala,I ada opah nih,x pernah lagik hidupku nak panggil orang opah. Opah sangat baik,layan saja ngan kita,dapat biscuit free saya bagik,dia suka.haha.
Opah main snake game bertangga tu beb,menang pejal-pengarah projek.Apala pejal nih.hahaha.
The memorable one,pakcik HongKong!
Masa sampai RSK,i pelik jugak asal dia orang panggil dia pakcikhongkong.
Oh rupa2nya,he claimed himself from HongKong,I guess it's true cause he spoke Cantonese. Dia suka AH MOI! He wanted a hug from me after I took photo with him,gila scary!Well,dah bagi dah. X cukup lagi,nak lagi lepas tu,apa lagi,saya lari la. He searched for me while dancing,I go far far away main dam ngan pakcik,so I am not really involved in active activities but inactive activities like board games-memang patut la azizi bagi I in charge for board games.Of course not only me yang kena,all the girls.Lama2,I get used to him.
He is energetic,he sang all the way from the start to the end,sampai sekarang,his voices still re-echo in my mind.I miss him a bit,even I hope to see him with his action for the second trip. But,dare not to approach him often,observe him from far should be good enough.
Nenek pose peace beb...

Gadis2 Business and Sponsorship Department
Azizi and I.He is my classmate,he has the ability to speak in front of the crowds and he is one of the game conductor for our activities on that day.Salute.
The committee!

Siva said,before and after punya aku. Bapak ah! haha. Rambut x payah dye pun,putih rata jer.
Oranges,rindu mummy served me's oranges last time.
I wanna go back!!!!!! I wish I can fly.
Nak makan durian!!!!
My boyfriends. He hardly speak a word,cheerful and friendly.
Dia pegang tangan aku tiba2 saja,gestured me the time and asked me what is the time now,he even hold my hand to his ears to listen to the tiktok sound of my watch.Tangan dia sangat lembut,tangan pakcik hongkong jugak,sangat lembut..
Lama aku x main dam,best main ngan pakcik.
He kept smiling and I won him three times,regretted for not giving him chances.
He said.Awak pandai :D kembang bebenar.

The End


Ayahku Di Rumah Seri Kenangan(Tatapan Buat Sekalian)
Assalamualaikum ayah,

Maafkan adik sebab tak dapat menjenguk ayah di Rumah Seri Kenangan. Adik terlampau sibuk. Banyak tempahan yang adik perlu siapkan. Maklumlah, Hari Raya semakin dekat. Along dengan angah juga begitu. Angah pergi outstation di Jepun tiga bulan. Kira dia tak balik raya ni. Beraya dekat sana la kot. Along pula baru dapat tender projek baru. Nilainya berjuta. Tak mungkin along akan lepaskan peluang ini!

Ayah apa khabar? Sihat? Orang-rang di sana macam mana? Semua layan ayah dengan baik kan?
Adik harap ayah sihat-sihat je di sana. Beramah mesralah dengan kawan-kawan ayah yang lain. Baru ayah tak bosan.

Ok lah ayah. Adik terpaksa pergi dulu. Adik nak siapkan kek yang ditempah pelanggan. Kalau menulis banyak-banyak nanti tak siap pula kek adik tu. Adik janji raya nanti kami pergi jenguk ayah. Kami bawak baju baru untuk ayah. Nanti adik buatkan kek coklat untuk ayah. Ayah cakap ayah suka kek adik kan?
Oh, ya. Along dengan angah kirim salam buat ayah. Kami semua rindu ayah. Jaga diri baik-baik ye ayah.

Sekian,
Nasuha




+++++++++++++++++++++++++++
ayah balas
+++++++++++++++++++++++++++




Waalaikumussalam,

Tak apa lah adik. Ayah tak kisah. Ayah baik-baik saja di sini. Ayah bahagia sangat. Anak-anak ayah semua sudah Berjaya. Masing-masing lepasan luar negara. Tak sia-sia ayah jual tanah untuk menghantar kamu semua ke luar negara. Sekarang ayah sudah tak punya apa-apa lagi. Tanah tapak rumah yang sekangkang kera tu pun along kau dah nak jual. Katanya ayah dah tak perlukan rumah tu. Betul kata along. Ayah da ada rumah baru. Rumah yang korang taruk ayah sekarang.

Ramai orang cakap tinggal di Rumah Seri Kenangan ni tak seronok. Sebab jauh dari anak-anak. Tapi ayah gembira sangat. Ayah dapat jumpa rakan-rakan yang senasib dengan ayah. Kami berbual-bual bercerita tentang perangai dan sikap anak masing-masing. Ada yang sedih. Ada yang kecik hati. Ada juga yang menyalahkan diri sendiri sebab tak dapat mendidik anak-anak dengan baik. Tapi ayah tak. Ayah bangga sangat sebab anak-anak ayah semua sudah berjaya. Masing-masing sudah punya kerjaya sendiri. Ayah sudah berjaya didik kalian dengan ilmu dunia.

Tapi ayah agak terkilan sebab ayah tak sempat mengajar kalian ilmu-ilmu akhirat. Ayah gagal dalam hal-hal agama. Ayah gagal! Ayah tak dapat mendidik kalian dengan baik.

Kat sini ayah nak bagitau beberapa perkara buat anak-anak ayah. Dah lama ayah simpan. Ayah rasa sudah sampai masanya ayah luah segalanya. Diharap korang semua sedar akan sikap masing-masing.

Along,
Ayah tahu along selalu seluk poket ayah. Ayah tahu along selalu ambik duit dalam dompet ayah. Ayah tahu along selalu curi duit dalam laci yang ayah simpan untuk arwah mak kamu buat belanja hari esok. Tapi ayah sekali pun tak marah. Sebab ayah tahu anak ayah teringin sangat nak makan coklat mahal. Ayah tahu along teringin sangat nak makan keropok kedai Cik Mat. Dan arwah mak kamu meninggal pun sebab kamu. Ayah tahu ini semua takdir ayah tapi alonglah yang memaksa arwah mak untuk pergi ke kedai seberang jalan umah kita sebab kamu teringin nak makan ais krim yang dijual dengan motor Jani. Ayah nampak masa mak kamu nak melintas along tolak mak sampai dia jatuh tersungkur. Ayah tahu along tidak sengaja menolaknya. Tapi tak bolehkah along bersabar sebentar? Along tak nampakkah lori di tengah jalan? Lori tu lah yang menggilis arwah mak kamu. Akhirnya kamu semua jadi anak yatim. Tapi ayah sedikit pun tak marah. Tahu kenapa? Sebab ayah sayang anak-anak ayah sangat-sangat.

Angah,
Ayah tahu angah selalu menipu ayah. Angah tak pernah bercakap benar dengan ayah. Apatah lagi dengan arwah mak. Masa angah belasan tahun, angah bagitahu arwah emak angah ingin ke kelas tambahan di pekan. Angah mintak duit dengan arwah mak. Arwah mak cakap tak ada. Angah mengamuk satu hari. Angah mogok makan. Akhirnya ayah terpaksa beri duit yang ayah nak bayar hutang Ah Chong kat angah.

Esoknya pagi-pagi lagi angah keluar. Angah tak sarapan pun. Kecik hati arwah mak. Tapi ayah pujuk arwah mak. Ayah cakap angah takut terlepas bas. Mungkin kelas angah mula awal. Tapi rupa-rupanya angah tak pergi kelas. Ayah nampak angah membonceng motorsikal dengan anak lelaki Pak Seman. Dengan keadaan angah yang memakai jeans ketat dan tak bertudung, ayah tahu angah tak pergi kelas. Ayah hairan mana angah dapat pakaian macam tu. Setahu ayah ayah dengan arwah mak tak pernah beli untuk anak-anak ayah.

Petang tu angah pulang lewat. Dah dekat maghrib baru sampai. Ayah tanya kenapa lewat? Angah cakap kelas habis lewat. Walaupun ayah tahu kebenarannya, ayah sikit pun tak marah angah. Ayah kesian tengok anak-anak ayah. Selalu terperuk di rumah. Belajar. Sekali sekala nak juga berhibur dengan kawan-kawan. Lagipun anak-anak ayah semuanya cemerlang dalam pelajaran.

Adik,
Adik adalah anak ayah yang paling baik. Ayah bukan nak membandingkan kamu semua tapi adiklah yang selalu bersikap jujur, dengar cakap orang tua dan tak panjang tangan. Tapi ayah sedih satu perkara. Adik selalu tutup kesalahan abang dengan kakak adik. Walaupun adik tahu abang dengan kakak bersalah tetapi adik tak pernah cerita kat ayah. Kenapa adik? Along dengan angah ugut adik ke? Ayah tengok adik ikut je cakap mereka. Masa mereka buat keputusan menghantar ayah ke sini adik tak bersuara pun. Ayah tahu. Ayah sakit. Ayah akan menyusahkan kalian jika ayah tinggal bersama kalian. Bagus juga ayah dihantar ke sini. Kebajikan ayah terjaga. Berbanding ketika tinggal bersama kalian. Makan minum ayah entah ke mana. Makan ubat pun tak menentu.

Ayah rasa tak payahlah anak-anak ayah datang ke sini menjenguk ayah. Lagipun kalian semua sangat sibuk mengejar impian masing-masing. Tak pe. Ayah tak kisah. Asal anak-anak ayah gembira dengan hidupnya. Biarlah ayah mati di sini. Jika ayah mati, kalian semua tak perlulah ziarah kubur ayah. Lupakan ayah. Ayah tak layak dipanggil ayah. Ayah tak layak jadi seorang ayah. Ayah tak pandai didik anak-anak. Biarlah ayah di sini bersama kawan-kawan ayah. Mengenang kenangan bersama arwah mak kamu. Isteri ayah yang sangat ayah rindui. Alangkah bagus jika dia ada bersama ayah. kalau dia ada, tak adalah ayah tinggal di Rumah Harmoni ni. Tapi ayah bersyukur ayah berada di sini. Ayah boleh mengisi kerinduan ayah terhadap arwah mak kamu. Ayah redha dengan ketentuan-Nya.

Sebelum semuanya berakhir, ayah ingin memohon maaf kerana gagal mendidik kalian. Jaga lah diri baik-baik. Ayah sayang anak-anak ayah.

Salam sayang,
Ayah

"I miss my wife dearly,after she passed away.I am being sent to this devil's place,I thought I wanna go with her,but she left me earlier.I just remember her,I want to live with her."
So sad ): I am touched by his words. Be strong uncle!
"I born on ninety twenty,I am 93-year old,I can still read newspaper without spectacles."

Thanks for reading! (: